Slide Show

Khidmat QASMedic Mesir

Posted by QAS MEDIC MESIR Saturday, September 13, 2008

Perkhidmatan QASMedic Mesir merangkumi 3 peringkat :

PERINGKAT AWAL.

  • Khidmat nasihat dalam memilih program yang bersesuaian dengan kelulusan.
  • Urusan dokumentasi dan terjemahan.
  • Urusan dokumentasi untuk permohonan KPT Malaysia.
  • Mendapatkan Surat Tawaran dari universiti-universiti pilihan.

PERINGKAT PRA BERANGKAT.

  • Khidmat penempahan tiket & penginapan ke Mesir.
  • Urusan dokumentasi untuk permohonan pinjaman.
  • Urusan dokumentasi untuk permohonan SSLN.
  • Kursus suaikenal pelajar-pelajar.
  • Taklimat akhir kepada pelajar & ibubapa.
  • Urusan "Group Check-In" di KLIA.


PERINGKAT SEMASA/SELEPAS TIBA.

  • Khidmat sambutan pelajar di L/Terbang Kaherah.
  • Pengagihan pelajar ke penginapan sementara semasa di Kaherah.
  • Kelas Bahasa Arab selama 3-4 minggu di Pusat Bahasa di Kaherah.
  • Urusan perpindahan pelajar ke penginapan kekal.
  • Urusan pembelian kelengkapan diri & bilik.
  • Urusan pendaftaran di universiti.
  • Urusan pembayaran Yuran kepada universiti.
  • Urusan visa & kad pelajar.

Tarikh bertolak tertakluk kepada tarikh menerima surat tawaran serta penempahan tiket. Mengikut jadual, pelajar akan bertolak pada awal Ogos dan kuliah bermula pada bulan Sept.

Pihak QAS telah berkerjasama dengan beberapa Persatuan Pelajar di Mesir bagi mengendalikan berberapa urusan berkaitan dengan pelajar-pelajar baru termasuk kebajikan dan penyesuaian diri semasa di Mesir, "Bumi Ambiak".

Insya Allah, dengan pengawasan QAS dan kerjasama persatuan-persatuan pelajar, pelajar-pelajar baru tidak akan mengalami masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Semoga sepanjang pengajian 6 tahun di Mesir, pelajar Perubatan dibawah kelolaan QAS akan kembali ke tanahair bukan saja dengan Ijazah kedoktoran TETAPI juga berbekalkan Ilmu Kefahaman Islam serta boleh bertutur dalam Bahasa Arab.

* Bahasa Arab adalah satu kelebihan. SPM 2008, 2007 dan 2006 sahaja yang boleh memohon.
B. Dokumen :-
Dokumen - dokumen yang diperlukan adalah :-
- 22 keping gambar berukuran passport
- 12 salinan slip SPM yang disahkan
- Cabutan surat beranak 12 salinan asal
- 12 salinan cabutan surat beranak yang disahkan
- 12 salinan passport yang disahkan
- 12 salinan kad pengenalan yang disahkan

* Hantar kepada alamat QAS :-

QAS Medic Mesir (M) Sdn.Bhd,

No. 14-2, Jalan USJ 9/5R,

Subang Business Centre,

47620, Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan